Sunday, 24 August 2014

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA PIBG 201

Barisan AJK  PIBG (IBU BAPA) telah merancang untuk mengadakan Majlis Hari Raya bersama murid-murid SK (2) PJ dan Guru-guru. Setelah seminggu perancangan dibuat akhirnya majlis tersebut telah berjaya diadakan...



BARISAN AJK YANG HADIR DAN BERUSAHA MENJAYAKAN MAJLIS

Majlis tersebut telah diadakan pada 23 ogos 2014, (sabtu) bermula pada jam 10.00 pagi. Majlis tersebut bertemakan "Glamour Raya". Acara dimulakan dengan sesi bergambar bersama guru dan AJK PIBG. 
kemudian di susuli dengan pemilihan murid yang memakai pakaian tercantik bertemakan "GLAMOUR RAYA"

Finalis pakaian tercantik "GLAMOUR RAYA" 
anda nilaikan sendiri... yang mana cantik...


 
Pemenang pakaian tercantik bagi kategori Guru dan Ajk
 dimenangi oleh En. Rodzaini dan Pn. Ani



Menu yang disediakan Oleh AJK PIBG pada hari tersebut ialah Sate Ayam, Rendang Ayam, Nasi impit, Buah Tembikai dan Air,. 
Guru-guru pula menyediakan Lemang dan bihun goreng telah disumbangkan oleh En. Ibrahim. Murid-murid membawa kuih muih. Hasil kerjasama ini Majlis ini menjadi lebih meriah. 





Murid-murid menjamu selera.



Guru-guru dan AJK PIBG bersama menjamu selera





AJK PIBG yang bertungkus lumus pada hari tersebut.





sehari sebelum kejadian....



setinggi-tinggi tahniah di ucapkan kepada semua AJK PIBG yang terlibat... semoga pemuafakatan ini berpanjangan... jumpa lagi di Majlis Solat Hajat Perdana.

"Buah salak di dalam kantung, 
Kulitnya keras isinya kelat, 
Bulat air kerana pembetung, 
Bulat Manusia kerana muafakat"

Thursday, 14 August 2014

MEETING KEDAI MAMAK

Alhamdullilah setelah berusaha beberapa kali mengumpulkan AJK PIBG di kalangan ibu bapa, akhirnya pada 12 Ogos 2014 pada jam 8.30 malam bertempat di Restoran Al-Fairos, PJ Old town,  perjumpaan ini berjaya diadakan. Kesemua AJK PIBG (Ibu Bapa) hadir pada hari tersebut.

Perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan berkenaan Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang akan diadakan pada 23 Ogos 2014, pada jam 9.30 pagi bertempat di Gelanggang Badminton SK (2) PJ. 

Antara perkara lain yang dibincangkan berkenaan Solat Haji Perdana dan Kem Perkampungan Ilmu untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. 

Terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG yang hadir dan tidak lupa Ucapan Jutaan terima kasih kepada Pn. Solehana kerana telah menanggung kos makan malam pada perjumpaan kali ini. 




Daun nipah kajangnya rapat,
Hidangan tetamu di Tanjung Sepat, 
PIBG Sepakat, Sekolah Berkat, 
Agar murid mendapat Manfaat. 

Thursday, 7 August 2014

BACATHON

Assalam... dan Salam 1 Malaysia....

Pada 23 Julai 2014 PIBG SK (2) Petaling Jaya ada mengedarkan kad "BACATHON" kepada setiap murid SK (2) Pj.

Matlamat program ini adalah menambah tabung kewangan PIBG bagi memenuhi keperluan dan kemudahan fizikal sekolah agar lebih kondusif.Disamping itu dapat memupuk dan mempertingkatkan semangat kerjasama, bersatupadu dan kekeluargaan di kalangan semua warga sekolah.






Harapan pihak PIBG SK (2) PJ, semoga ibu bapa/ penjaga dapat memberi kerjasama sepanjang kutipan tersebut berlangsung.

Hadiah kutipan terbanyak akan diberikan kepada murid yang berjaya mengutip derma tertinggi. Mengikut perancangan yang dibuat,  PIBG akan memberikan hadiah sebuah basikal kepada murid.