Sunday, 23 November 2014

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014


20 NOVEMBER 2014, telah dipilih bagi diadakan  Majlis Anugerah Cemerlang 2014.

Tepat jam 8.30 pagi kedengaran paluan kompang menyambut kedatangan Tn Hj. Azha bin Hj. Hussin (YDP PIBG) SK (2) PJ selaku Perasmi bagi majlis tersebut. Pasukan Kompang ini terdiri daripada murid-murid SK (2) PJ sendiri yang di ketuai oleh Cikgu Atikah dan Cikgu Siti Khatijah.

Majlis tersebut di teraju oleh pengacara hebat SK (2) PJ iaitu Pn. Yusniza dan En. Shazry. Alhamdullilah semua yang dirancang untuk Majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Bagi murid-murid yang berjaya diucapkan "Tahniah" dan pada yang tidak berjaya "Usaha Lagi" sesungguhnya setiap usaha pasti akan membuahkan hasil.

Sambutan Kompang oleh murid-murid SK (2) PJ

Tn. Hj Azha bin Hj. Hussin (YDP PIBG SK (2) PJ)
merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2014


persembahan daripada murid tahun 1 & 2 


 Antara murid-murid yang mendapat "Anugerah" 

" TOKOH Murid - AKADEMIK "

"TOKOH Murid - Ko-AKADEMIK"

Bergambar bersama Murid-murid tahun 6


untuk gambar ke seluruhan boleh lihat di facebook " PIBG SK2PJ"


"Sesungguhnya setiap yang baik itu datang dari Allah dan setiap kelemahan itu datang dari kita sendiri"


HARI KANAK-KANAK SK (2) PJ

Hari Kanak-kanak SK (2) Petaling Jaya bersama PIBG telah diadakan pada 13 november 2014, bertemakan "Cerita Dongeng". Bermula jam 8.30 pagi di Dewan Sekolah SK (2) Petaling Jaya.

Pelbagai aktiviti yang diatur oleh pihak sekolah bagi memeriahkan majlis tersebut. Antaranya :-

-persembahan kelas (lakonan @ nyanyian)
-pertandingan pakaian beragam
-pertandingan karaoke




Di majlis ini juga disampaikan hadiah untuk pertandingan :-

-  Kelas Terbersih Tahap 1 & 2 
-  Murid Contoh Lelaki & Perempuan untuk setiap tahun
- Kehadiran Penuh - bagi murid yang hadir penuh ke sekolah
- Sahsiah Murid Terpuji Lelaki & Perempuan.

Barisan AJK PIBG terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan untuk murid-murid dan cenderamata pada hari tersebut 

Di sini disertakan beberapa gambar untuk tatapan.


 Hadiah yang disediakan pada hari tersebut





Peserta Pakaian Tercantik mengikut tema "KISAH DONGENG"


Persembahan Lakonan daripada kelas tahun  "5 Cerdas"

Pemenang Sahsiah Murid terpuji "perempuan"
 


Barisan AJK PIBG 2014/2015

Harapan AJK PIBG " Semoga Murid-murid berpuas hati dan Majlis ini menjadi memori terindah kepada setiap murid.