SK (2) PJ telah merancang untuk menyediakan tempat wudhuk bagi pelajar-pelajarnya. Tempat Wudhuk ini diperlukan bagi memudahkan pelajar-pelajar islam mengambil wudhuk sebelum sessi pembelajaran Tasmik dan amali solat. Sehubungan itu PIBG SK (2) PJ telah menerima sumbangan daripada beberapa individu bagi membina bumbung dan paip air.
Pada 29 Mei 2014 (Khamis), kontraktor telah dipanggil untuk mengambil ukuran bumbung di sepanjang kawasan tempat wudhuk tersebut. Pemasangan bumbung tersebut dilakukan pada 31 Mei 2014.
Gambar sewaktu pemasangan bumbung
Gambar-gambar selepas pemasangan akan di upload kemudian.
No comments:
Post a Comment