Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah Tahun 2014 / 1435H, telah diadakan di Dewan Sekolah SK (2) Petaling Jaya pada 24 Julai 2014, bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.40 pagi.
Majlis ini di rasmikan oleh Pn. Aminah bt. Adam, GPK KoKurikulum, Sk (2) Petaling Jaya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru SK (2) Petaling Jaya, kerana telah mengadakan Majlis yang cukup meriah ini untuk murid-murid.
Di sini dikongsikan beberapa detik-detik manis sepanjang majlis diadakan.
CENDERAMATA UNTUK ANAK YATIM DAN MISKIN
hasil sumbangan daripada ibu bapa / penjaga dan guru .
Pentas yang dihias indah oleh Pn. Ani bt Ibrahim, Pn. Yusniza bt. Mohd Lawi, Pn. Norazian bt. Adnan dan En. Ahmad Mustafa.
Pn. Jauharatuddini bt, Yaacob selaku Pengacara Majlis pada hari berkenaan.
Barisan VVIP
Wajah - wajah manis dan ceria murid SK (2) Petaling Jaya
Barisan Murid-murid yang Khatam Al-quran
TAHNIAH!!!
Beberapa gambar murid yang menerima Sumbangan pada Majlis tersebut.
(Yang lain-lain boleh lihat di Facebook pibgskduapj)
Beberapa acara pertandingan diadakan sepanjang bulan ramadhan telah diadakan dan inilah di antara gambar-gambar pemenang.
TAHNIAH!!!!
(Yang lain-lain boleh lihat di Facebook pibgskduapj)
Pertandingan untuk murid moral juga telah diadakan dan inilah pemenangnya.
TAHNIAH !!!
YDP PIBG Tn. Hj Azha bin Hj Hussin menyerahkan cenderamata kepada Ustaz Hafizzudin daripada Angkatan Koperasi Kebangssan Malaysia Berhad (ANGKASA).
ALHAMDULLILLAH .... Majlis diadakan dengan jaya dan Meriah.

No comments:
Post a Comment